Tuesday, June 21, 2011

LANGKAH KITA…LANGKAH PEJUANG……

 
Saudara dan saudari, umat Islam yang dikasihi... khususnya buat rakyat Malaysia di bumi bertuah. Kebelakangan ini kita telah dihadapkan dengan persoalan krisis keyakinan yang cukup menekan. Lantaran daripada semaraknya budaya menjatuhkan insan yang disifatkan tidak 'sebulu' dengan seseorang atau kelompoknya telah begitu sebati dengan kehidupan masyarakat Malaysia dewasa ini, terutamanya di kalangan para pemimpin negara. Sopan-santun dan adab ketimuran telah lenyap dimamah nafsu serakah insan-insan zalim yang bermaharajalela.
Di manakah perginya pegangan agama yang cukup sinonim dengan keperibadian masyarakat timur amnya dan Malaysia khususnya? Insaflah, bahawa kita tidak diwariskan oleh generasi terdahulu dengan sifat mazmumah ini. Kita diajar untuk beradab walaupun untuk menegur kesilapan yang dilakukan. Begitulah indahnya ketertiban yang diajar oleh agama tercinta... Islam ini yang kita warisi dengan pengorbanan para anbiya', titisan darah serta nyawa para syuhada', linangan air mata para isteri yang mengiringi perginya suami serta anak-anak mereka ke medan jihad dalam getiran menegakkan ad-Deen al-Islam yang tercinta. Keadilan adalah natijah yang terhasil daripada keelokkan budi serta adab insan dalam menguruskan kehidupan mereka. Namun, kini kita telah dicabar semahu-mahunya dengan usaha yang cukup jelas tanpa berselindung lagi dalam rangka menegakkan kebatilan dan menjatuhkan kebenaran. Ya Allah! Ampunilah umat ini.. sesungguhnya janganlah Engkau turunkan bala-Mu justeru kelancangan beberapa pimpinan di kalangan umat-Mu ini yang mencabar kebenaran risalah-Mu, yang menginjak-injak prinsip keadilan. Budaya fitnah yang telah Engkau firmankan sebagai dosa yang melebihi kekejaman pembunuhan...telah begitu dipuja serta didokongi oleh ramai golongan aristokrat jijik ini. Mereka lebih rela bersekongkol dengan kebatilan demi menjaga kepentingan 'periuk nasi'. Ya Allah! Sesungguhnya umat ini telah jauh dipesongkan oleh pimpinan mereka ke lembah kehancuran. Insan yang membela kebenaran risalah-Mu difitnah semahu-mahunya demi menyelamatkan serta melindungi rahsia kesalahan dan pengkhianatan mereka sewaktu memikul taklif dari umat ini.
Sedarlah wahai umat kebenaran! Kita tidak boleh lagi merelakan prinsip agama yang kita dokongi dipermain-mainkan oleh sekelompok pemerintah. ''Pemerintah adil...pemerintah ditaati, pemerintah zalim...disanggah hingga mati!'' Demi kedaulatan Islam yamg tercinta dan keadilan untuk rakyat Malaysia khususnya...ayuhlah kita laungkan obor REFORMASI demi kelansungan generasi yang berakhlak tinggi. Kita tidak rela kuburan kita nanti diinjak-injak oleh anak-cucu kita sebagai kuburan insan insan kerdil yang bacul untuk berjuang demi menegakkan kebenaran. Kita juga tidak mahu dipersalahkan kerana meninggalkan zuriat keturunan yang lemah - hilang kekuatan jihadnya (zurriyyatan dhi'afa). Membujur lalu... melintang patah, sekali Islam dijulang sehingga mati tetap dipegang! Seruan keramat para panglima silam ini kita laungkan buat jiwa yang lemah untuk menegakkan kebenaran serta kepada mereka yang menjadi penjulang kezaliman. InsyaAllah, perjuangan ini bakal menempatkan kita didalam barisan para mujahid agama-Nya. Sekali melangkah pantang undur. Majulah! Hayya bil jihad!!! Selagi kebenaran tidak tertegak, keadilan tidak dipertahankan, kita tidak akan mundur walau setapak.
Persiapan kita ini adalah untuk jaminan masa depan. Kita perkukuhkan saf perjuangan bagi menegakkan dan mempertahankan keadilan dan kebenaran yang menjadi tujuan utama Syariat Islamiyyah. Manusia masih boleh hidup tanpa makanan atau minuman. Namun, jika keadilan tidak tertegak tiada insan yang mampu bertahan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi. Lantaran itulah Syariat Islamiyyah menjadikan ianya sebagai matlamat kepada kesempurnaan tugas kekhalifahan insan di muka bumi. Reformasi secara menyeluruh khususnya, dalam konteks negara Malaysia tercinta ini, wajib dilakukan. Demi kemakmuran rakyat serta yang lebih utama untuk menegakkan kalimah Allah dipersada Melayu ini. Kita kuburkanlah budaya feudalisme yang mencengkam keadilan buat rakyat terbanyak, kita serukan keadilan Islam kepada mereka. Sesungguhnya perjuangan ini tidak mudah, buat yang cepat mengalah tentunya tidak punya tempat dalam saf mujahidin ini. Tegasnya..... perjuangan kita bukan setakat ianya belum lagi selesai malah hakikatnya ianya baru sahaja bermula kembali dengan dokongan para 'ulama, para cendekiawan, para mahasiswa, golongan pekerja, para petani dan sebenarnya.....perjuangan ini dari seluruh rakyat Malaysia yang merindui serta mencintai tertegaknya keadilan dan kebenaran. Gelombang kebangkitan semula rakyat ini baru sahaja memperlihatkan momentumnya .....suara rakyat adalah suara keramat apatah lagi bila ianya didokongi oleh para 'ulama- warasatul anbiya' (pewaris para nabi).
Sekali kaki melangkah atas dasar perjuangan demi menegakkan Agama Allah untuk menuntut keadilan takkan sekali mengundur hingga ketitisan darah yang terakhir…Ayuh anak muda yang mencintai keadilan sama-sama kita sertai WALK FOR DEMOCRACY 9 JULY 2011 ini (DEMO BERSIH) jam 2 petang di ibu Negara kita KUALA LUMPUR…ALLAH HUAKBAR WALILLAH HILHAM…
PERUBAHAN HARUS DI DESAK….


Wednesday, March 9, 2011

Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah RM134,000..

Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.
Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.
Turut dipertikaikan, duit rakyat yang digunakan untuk menanggung kos lawatan tersebut di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.
Nazri memberitahu, di Riyadh, Rosmah dijemput menyampaikan ucaptama di Seminar Antarabangsa Pertama, mengenai Pengurusan Kualiti Pendidikan K-12, atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran Arab Saudi.
Di Muscat pula, Rosmah diundang daripada Menteri Pembangunan Sosial Oman manakala di Dhaka, isteri perdana menteri itu diundang Madam Cherie Blair, Penaung Asian University for Women dan menyampaikan ucaptama di Simposium Memikirkan Masa Hadapan Asia.
Berhubung isu jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang sebelum ini dimuatkan dalam web Pejabat Perdana Menteri pula, Nazri berkata ianya dibuang kerana menimbulkan kekeliruan.
Jabatan itu kini kata Nazri sedang dalam proses penyelenggaraan.


Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

felda 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.

Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.

Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.

Semalam semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu.

Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannbya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas.

Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.

Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.DRS

"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.

"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh
FLDA," kata Dr Samarudin.

Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.

"Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan...sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. 'Mission' bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan," menurut laporan bank tersebut.

Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan.

Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.

"Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

"Objektif utama FLDA ialah memudahkan  pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan," kata Dr Samarudin dalam artikelnya.

Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958.

RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.

Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.

"Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda," jelas Dr Samarudin.

Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.Tun_Razak_

Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan skim tanah rancangan Lembah Bilut.

Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun.

Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.

Tuesday, March 8, 2011

Anwar: Mahathir terdesak, cuba lindungi anaknya

Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.

NONE“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

azlan"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.

NONESebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.
Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu.

Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Saturday, March 5, 2011

SENARAI HITAM....

SENARAI HITAM

a) Kuasa
Kuasa menyenarai hitam hanya ada pada JPJ melalui Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk lesen kenderaan (Cukai Jalan) dan Seksyen 29(1A) APJ 1987 untuk lesen memandu.

Seksyen 17
Pengarah boleh enggan mengeluarkan lesen-lesen kenderaan motor dalam hal tertentu
17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika—
(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Seksyen 29
(1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ISU
Kedua-dua peruntukkan ini mempunyai perkataan PUASHATI. Bagaimana Pengarah hendak memuaskan hati beliau sebelum menggunakan kuasanya menghalang transaksi? Caranya diterangkan di dalam Seksyen 17 (2)

b) Prosedur
Sebelum menggunakan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) & Seksyen 29(1A), Pengarah JPJ hendaklah memberikan peluang kepada pemilik kenderaan dan pemegang lesen membuat representasi seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 17(2). Ini bermaksud membuat siasatan.

Seksyen 17(2)
(2) Seseorang Pengarah boleh enggan memberi suatu lesen kenderaan motor atau suatu lesen perdagangan motor atau boleh membatalkan atau menggantung bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan suatu lesen kenderaan motor atau suatu lesen perdagangan motor yang telah diberi jika, selepas memberi pemunya peluang membuat apa-apa representasi yang dia mungkin hendak membuat, Pengarah itu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa kenderaan motor yang tersebut dalam lesen itu atau yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi sesuatu maksud yang menyalahi undang-undang atau dengan cara yang menyalahi undang-undang, dan apabila berbuat demikian hendaklah mengendorskan perakuan pendaftaran bagi kenderaan motor itu dengan sewajarnya.

Siasatan bermaksud, Pengarah hendaklah memanggil pihak-pihak yang berkaitan iaitu pemilik kenderaan dan pihak yang mana perkara belum selesai itu berhubung dengannya.

Contoh :

Jika (A) dikatakan mempunyai saman daripada PDRM yang masih belum dijelaskan, maka Pengarah hendaklah memanggil (A) dan PDRM untuk menyiasat samada perkara itu betul belum selesai. PDRM hendaklah buktikan bahawa saman itu wujud, saman telah dikeluarkan, saman telah diserahkan, saman telah didaftarkan di Mahkamah tetapi (A) tidak membayar kompaun atau tidak hadir mahkamah.

Jika Pengarah berpuashati dengan pembuktian PDRM maka barulah kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) boleh digunakan.

Jika tiada bukti, maka Pengarah JPJ hendaklah membenarkan transaksi kepada pemilik kenderaan.

Jika Pengarah menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 17(1)(d) dengan tidak membenarkan pembaharuan lesen kenderaan maka Pengarah hendaklah serta merta memaklumkan Ketua Pengarah alasannya dan Ketua Pengarah hendaklah memaklum kan kepada pemilik dalam tempoh 14 hari.

Seksyen 17(5)
(5) Jika Pengarah enggan memberi sesuatu lesen atau membatalkan sesuatu lesen di bawah subseksyen (2), dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah tentang keengganan atau pembatalan itu dan menyatakan alasan mengenainya; dan Ketua Pengarah hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan atau keengganan itu, memberitahu pemunya berdaftar kenderaan motor itu bahawa dia mengesahkan atau membatalkan, mengikut mana yang berkenaan, pembatalan atau keengganan itu.

c) Sebelum & Selepas Pindaan APJ 1987

a)      Sebelum

Senarai hitam ke atas semua kenderaan atau atas nama atau nombor kad pengenalan. Jika satu kenderaan bermasalah, semua akan disenarai hitam seperti diterangkan sebelum ini

b)     Selepas
 Hanya kenderaan yang bermasalah sahaja yg disenaraihitam tanpa melibatkan kenderaan lain.

“Kuasa Pengarah untuk menolak atau menggantung urusan atau transaksi

119B. (1) Walau apa pun peruntukan perenggan 17(1)(d) dan subseksyen 29(1A), Pengarah boleh menolak atau menggantung  apa-apa urusan atau transaksi atau sebahagiannya di bawah Akta ini jika terdapat perkara atau kes yang belum selesai berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta ini atau apa-apa pelanggaran undang-undang bertulis yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa—
(a) dalam hal lesen kenderaan motor, apa-apa perkara atau kes yang belum selesai yang berhubungan dengan kenderaan motor tertentu bagi seseorang itu tidak akan menjejaskan mana-mana kenderaan motor yang lain yang didaftarkan atas namanya; dan
(b) dalam hal lesen memandu, apa-apa perkara atau kes yang belum selesai yang berhubungan dengan kelas lesen memandu tertentu bagi seseorang tidak akan menjejaskan kelas lesen memandunya yang lain.”



Zulhazmi Shariff
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

SAMAN EKOR : FAKTA & ISU

a)      Apa itu Saman Ekor
 JPJ : Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

KDN : Saman ekor ialah saman yang dikeluarkan oleh mahkamah berikutan daripada satu notis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui borang polis yang dikenali sebagai borang POL 170A. Saman ini dikeluarkan berikutan atas kegagalan mematuhi notis POL 170A yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. – Hansard Dewan Rakyat D.R. 29112010

Laman Web Galeri PDRM : Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan polis seperti perangkap laju menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat
  • Kesimpulannya
 Saman Ekor ini bukan saman tetapi hanya Notis Meminta Maklumat Pemandu.

b)     Penyampaian Saman Ekor.
Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan.

Penyampaian apa-apa notis boleh dibuat melalui Pos A.R Berdaftar mengikut Seksyen 118 APJ 1987.

Isu       : a) Adakah notis itu benar-benar dikeluarkan?
              b) Adakah notis itu telah disampaikan?
              c) Adakah notis itu sempurna diserahkan?

c)      Prosedur Saman Ekor (Notis Seksyen 115 – Pol 170A)

i)  Kenderaan yang melakukan kesalahan dikenalpasti.
ii)  Notis dikeluarkan, disampaikan dan diserahkan kepada pemilik berdaftar kenderaan.
iii) Dalam tempoh tujuh (7) hari pemilik kenderaan hendaklah memaklumkan butiran pemandu yang memandu semasa kesalahan dikatakan telah dilakukan.
iv) Jika gagal memberikan maklumat setelah tamat tempoh boleh dikeluarkan saman kerana ingkar notis.

d)     Apa itu Kompaun?

Kompaun adalah tawaran denda jika orang yang kena saman (OKS) mengaku melakukan kesalahan dan ingin menyelesaikan denda di luar Mahkamah.

                a)      Adakah kompaun itu bayaran mandatori/wajib?            
                Tidak, kompaun adalah tawaran sahaja. Jika tidak menerima tawaran, pihak yang menawarkan kompaun boleh mengambil tindakan lanjut.

                b)       Adakah kompaun diperuntukkan dalam Undang-Undang?
                Ya melalui Seksyen 120 APJ 1987

e)      Kesan ingkar kompaun.
 Pihak yang menawarkan kompaun boleh mengambil tindakan lanjut iaitu dengan mengeluarkan saman kepada OKS.

Isu       a) Dalam kes saman ekor – adakah saman dikeluarkan? - TIDAK

f)       Apa itu SAMAN?

Saman ialah suatu notis gantian perintah daripada Mahkamah supaya orang yang kena saman (OKS) hadir ke Mahkamah.

Saman dikeluarkan mengikut Seksyen 53 (1) APJ 1987.

g)      Kandungan Saman.

Setiap saman hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :-
  1. Lokasi Mahkamah
  2. Tarikh kehadiran
  3. Masa kehadiran
  4. No. Pendaftaran kenderaan
  5. Jenis kenderaan
  6. Jenis kesalahan
  7. Tempat kesalahan
  8. Masa kesalahan

h)     Penyampaian Saman

Seksyen 53 (1) APJ 1987 menyatakan hendaklah diserahkan serta-merta kepada OKS dan hendaklah dibuktikan serahan telah dibuat.

i)        Kesan ingkar Saman

Jika Saman dibuktikan telah diserah dan OKS tidak hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka Mahkamah boleh mengeluarkan Waran Tangkap mengikut Seksyen 53(2) APJ 1987.

j)       Hukuman

Jika saman telah diserah dan OKS hadir, OKS boleh samada hendak mengaku salah atau minta dibicarakan.
a)      Jika mengaku salah – hukuman akan dijatuhkan oleh Mahkamah.
b)      Jika dibicarakan – bergantung kepada keputusan samada kesalahan dibuktikan atau tidak. Jika dibuktikan maka akan dijatuhkan hukuman. Jika tidak dapat dibuktikan maka akan dilepaskan.

k)     Penguatkuasaan.

Jika hukuman telah dijatuhkan terhadap OKS maka OKS hendaklah memenuhi perintah hukuman samada membayar denda, penjara dan sebagainya.

Jika denda dibayar maka selesai kes saman tersebut. Jika tidak dibayar maka OKS akan dipenjarakan.


Zulhazmi Shariff
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor
a)      Apa itu Saman Ekor
 JPJ : Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

KDN : Saman ekor ialah saman yang dikeluarkan oleh mahkamah berikutan daripada satu notis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui borang polis yang dikenali sebagai borang POL 170A. Saman ini dikeluarkan berikutan atas kegagalan mematuhi notis POL 170A yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. – Hansard Dewan Rakyat D.R. 29112010

Laman Web Galeri PDRM : Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan polis seperti perangkap laju menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat
  • Kesimpulannya
 Saman Ekor ini bukan saman tetapi hanya Notis Meminta Maklumat Pemandu.

b)     Penyampaian Saman Ekor.
Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan.

Penyampaian apa-apa notis boleh dibuat melalui Pos A.R Berdaftar mengikut Seksyen 118 APJ 1987.

Isu       : a) Adakah notis itu benar-benar dikeluarkan?
              b) Adakah notis itu telah disampaikan?
              c) Adakah notis itu sempurna diserahkan?

c)      Prosedur Saman Ekor (Notis Seksyen 115 – Pol 170A)

i)  Kenderaan yang melakukan kesalahan dikenalpasti.
ii)  Notis dikeluarkan, disampaikan dan diserahkan kepada pemilik berdaftar kenderaan.
iii) Dalam tempoh tujuh (7) hari pemilik kenderaan hendaklah memaklumkan butiran pemandu yang memandu semasa kesalahan dikatakan telah dilakukan.
iv) Jika gagal memberikan maklumat setelah tamat tempoh boleh dikeluarkan saman kerana ingkar notis.

d)     Apa itu Kompaun?

Kompaun adalah tawaran denda jika orang yang kena saman (OKS) mengaku melakukan kesalahan dan ingin menyelesaikan denda di luar Mahkamah.

                a)      Adakah kompaun itu bayaran mandatori/wajib?            
                Tidak, kompaun adalah tawaran sahaja. Jika tidak menerima tawaran, pihak yang menawarkan kompaun boleh mengambil tindakan lanjut.

                b)       Adakah kompaun diperuntukkan dalam Undang-Undang?
                Ya melalui Seksyen 120 APJ 1987

e)      Kesan ingkar kompaun.
 Pihak yang menawarkan kompaun boleh mengambil tindakan lanjut iaitu dengan mengeluarkan saman kepada OKS.

Isu       a) Dalam kes saman ekor – adakah saman dikeluarkan? - TIDAK

f)       Apa itu SAMAN?

Saman ialah suatu notis gantian perintah daripada Mahkamah supaya orang yang kena saman (OKS) hadir ke Mahkamah.

Saman dikeluarkan mengikut Seksyen 53 (1) APJ 1987.

g)      Kandungan Saman.

Setiap saman hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :-
  1. Lokasi Mahkamah
  2. Tarikh kehadiran
  3. Masa kehadiran
  4. No. Pendaftaran kenderaan
  5. Jenis kenderaan
  6. Jenis kesalahan
  7. Tempat kesalahan
  8. Masa kesalahan

h)     Penyampaian Saman

Seksyen 53 (1) APJ 1987 menyatakan hendaklah diserahkan serta-merta kepada OKS dan hendaklah dibuktikan serahan telah dibuat.

i)        Kesan ingkar Saman

Jika Saman dibuktikan telah diserah dan OKS tidak hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka Mahkamah boleh mengeluarkan Waran Tangkap mengikut Seksyen 53(2) APJ 1987.

j)       Hukuman

Jika saman telah diserah dan OKS hadir, OKS boleh samada hendak mengaku salah atau minta dibicarakan.
a)      Jika mengaku salah – hukuman akan dijatuhkan oleh Mahkamah.
b)      Jika dibicarakan – bergantung kepada keputusan samada kesalahan dibuktikan atau tidak. Jika dibuktikan maka akan dijatuhkan hukuman. Jika tidak dapat dibuktikan maka akan dilepaskan.

k)     Penguatkuasaan.

Jika hukuman telah dijatuhkan terhadap OKS maka OKS hendaklah memenuhi perintah hukuman samada membayar denda, penjara dan sebagainya.

Jika denda dibayar maka selesai kes saman tersebut. Jika tidak dibayar maka OKS akan dipenjarakan.


Zulhazmi Shariff
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor

SES: Hutang RM13,000 tapi bayar RM156,000

Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.

Dengan syarat pembayaran balik RM650 selama 20 tahun yang dikenakan, bermakna peneroka sebenarnya terpaksa membayar RM156,000 iaitu 12 kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

Ingatan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak), Mazlan Aliman pada sidang media di markas induk PAS di Kerdau hari ini.

"Jangan kerana nak kejar duit RM13,000, selepas pilihan raya kena tanggung hutang tidak lebih dari RM200,000, sangat tidak berbaloi dengan jumlah pinjaman RM13,000," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan janji untuk memberi pinjaman wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka, dengan syarat peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen di Felda di Kerdau kemudiannya berjanji akan membuat bayaran RM13,000 itu pada hari Isnin, 7 Mac ini iaitu sehari selepas hari mengundi.

Ianya dilihat cubaan memancing undi peneroka yang akan mengundi esok agar memilih BN.

"Kalau RM13,000 kena bayar balik dekat RM200,000, saya nasihatkan peneroka pinjam sahaja dengan bank.

"Ini bukan lagi tolong, tapi betul-betul along yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda," ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, beliau juga sekali mencabar Ahmad untuk berdialog dengannya walaupun cabarannya beberapa kali sebelum ini ditolak.

Berhubung hak milik tanah pula, Mazlan mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adil kepada peneroka.

Menteri Besar itu sebelum ini mengumumkan pemberian hak milik hanya kepada peneroka di Jengka 23 sahaja, sedangkan kata Mazlan, Jengka 22 juga perlu mendapat perkara sama.